Friday, December 17, 2010

Gangguan Bekalan Air Seluruh Seberang Perai

      
GEORGE TOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.

Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.

Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.

"Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.
"Kita perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.


Jaseni berkata pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.


"Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan," katanya.


Beliau berkata PBAPP merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.


Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.


Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi
Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. –Bernama


Air merupakan sumber yang penting bagi operasi pemadaman api.Sehubungan dengan itu BBP BUTTERWORTH telah mengambil langkah untuk menangani masalah jika berlaku kebakaran pada hari tersebut.Kaedah yang digunakan ialah menggunakan sumber air terbuka.
Berikut adalah Lokasi jagaan berserta dengan punca bekalan air:---------

        BEKALAN AIR TERBUKA KAWASAN JAGAAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BUTTERWORTH

BIL

KAWASAN JAGAAN

PUNCA BEKALAN  AIR
1.
Kawasan Bagan

-Jetty     
-Bagan Dalam                                                                                                                              
-kampung Perlis
-Bagan Luar
-New Ferry
-Sungai Nyior



Laut
Sungai Perai, IWK
Sunagai Perai,IWK
Laut
Sungai Nyior, Sungai Perai& IWK
Sungai Nyior, Sungai Perai & IWK
2.
PEKAN BAGAN

-Jetty Lama
-Pekan Bagan
-Telaga Ayer
-Kampung Gajah
-Jalan Mengkuang
-Kampung Benggali
-Jalan Pak Abu
-Jalan Heng Choon Thian
-Jalan Siram


Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Sungai Nyior

3.
JALAN PERMATANG PAUH

-Taman Bagan
-Mak Mandin
-Jalan Permatang Pauh
-Taman Cantik
-Taman Mesra



Sungai Perai
Sungai Perai
Sungai Perai
Saliran Sungai Nyior
Sungai Perai
4.
JALAN BAGAN JERMAL

-Taman Riang
-Bagan Jermal
-Jalan Mohd Saad
-Bagan Ajam



Laut
Laut
Laut
Laut




BIL

KAWASAN JAGAAN

PUNCA BEKALAN  AIR
5.
RAJA UDA

-Pekan Raja Uda
-Jalan Ong Yi How
-Kampung Simpah



Laut
6.
SUNGAI PUYU

-Bagan Lalang
-Pekan Sungai Puyu
-Sungai Lokan
-Pekan Sungai Dua
-Maklom
-Kampung Tok Sani





Sungai Perai
Sungai Dua
Sungai Dua
Sungai Dua
Sungai JPS
Sungai Kg. Tok Sani


7.
JALAN PEKAN DARAT

- Permatang Tok Jaya
-Pekan Darat
-Permatang Tok Gelam
-Permatang Binjai



Saliran JPS
Saliran JPS
Saliran JPS
Saliran JPS

8.
TELUK AIR TAWAR / PENAGA

- Kampung Setul
-Pekan Telok Air Tawar
-Padang Benggali
-Taman Telok Air Tawar Indah
-Titi Mukim
-Penaga


Saliran JPS
Saliran JPS
Sungai Abdul
Sungai Abdul
Sungai Abdul
Saliran JPS

                                                                                         

SENARAI NAMA BANGUNAN YANG TERDAPAT KOLAM RENANG

NAMA APARTMENT/
TEMPAT LOKASI KOLAM RENANG

KAWASAN

1.       AFFIN BAY ( LOBY )

KAMPUNG GAJAH

2.       PANTAI APARTMENT
( LOBY )

KAMPUNG GAJAH

3.       TUDM ( OPEN GROUND )

TELUK AIR TAWAR

4.       PANGSAPURI SERI MOLEK
( OPEN GROUND )

TAMAN TELUK RAJA UDA

5.       APARTMENT TAMAN PANDAN
( OPEN GROUND )

JALAN KG BHARU RAJA UDA

6.       KONDOMINIUM CASSIA
( TINGKAT 2 )

JALAN RAJA UDA

7.        KONDO VISTA BAY
               ( LOBY)

JALAN RAJA AIR

8.       PARK VIEW ( TINGKAT 6 )

JALAN NEW FERRY

9.       SEA VIEW ( TINGKAT 5 )

JALAN KG PERLIS
                                                                                                             
                                                                                                       Sumber: TPgB Mohd Shafiee bin Khamis
                                                                                                                     Ketua Balai BBP Butterworth

No comments:

Post a Comment