Thursday, December 16, 2010

Majlis Berkhatan

Butterworth,12 Disember 2010-Pemuda Kadun Teluk Air Tawar bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menganjurkan  majlis berkhatan beramai-ramai yang bertempat di Dewan JKKKP Jalan Belian Bagan Ajam.Majlis yang bermula jam 0800 pg ini di sempurnakan oleh wakil Pemuda UMNO Kadun Telok Air Tawar.Bersempena dengan kehadiran cuti persekolahan, Seramai 30 orang kanak-kanak dalam linkungan umur 6 hingga 13 tahun telah terlibat dalam upacara khatan ini.Pengelola majlis tersebut berkata, upacara berkhatan itu terbuka kepada semua kanak-kanak yang tinggal di kawasan Teluk Air Tawar.Menurutnya, program berkhatan ini adalah yang kali kedua dianjurkan dan diadakan lagi pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan.Ianya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada selaras dengan gabugan 1 Malaysia.Lebih menarik lagi majlis khatan ini turut akan diserikan lagi dengan upacara penyemburan air oleh anggota BBP BUTTERWORTH.


  Selamat Datang Ke Majlis Berkhatan Beramai-ramai



Antara hadirin yang hadir dan Ucapan Penganjur sebelum Majlis Berkhatan.






Persiapan para anggota sebelum majlis dimulakan.




 Bermesra bersama kanak-kanak sebelum "disiram"




 Majlis perasmian Berkhatan Beramai-ramai.





                                                          SERONOK..Upacara penyemburan air oleh anggota BBP Butterworth

No comments:

Post a Comment