Tuesday, September 14, 2010

Raya celoreng merah

Butterworth:-0800.10/09/2010 Disaat insan lain bergembira dipagi syawal.Terdapat beberapa orang insan yang berhati mulia bersedia untuk membantu orang lain tatkala ada kesusahan.Inilah pasukkan bomba Butterworth iaitu Seksyen C yang berkerja di pagi syawal.Pasukan seksyen C yang diketuai oleh PBK II Amiruddin berserta dengan lima orang anggota lain dihendaki standby  selama 12jam iaitu dari jam 0800-2000.Walaupun didalam tugas yang sentiasa bersiap sedia, kumpulan ini juga tidak ketinggalan untuk menyambut aidilfitri walaupun secara sederhana.


Kelihatan anggota bergembira menjamu selera.

PBK II Amiruddin sedang memakan ketupat.

                                 
Lemang dan rendang turut dihidang.

Sebagai anggota Bomba Dan Penyelamat Malaysia kesedihan tidak pulang beraya di kampung amat dirasai, apatah lagi apabila mengenangkan sambutan raya lalu yang begitu meriah apabila semua adik-beradik berkumpul.Bagi anggota baru,ini merupakan pengalaman baru menyambut Aidilfitri diperantau demi tugas.
Walaupun jauh disudut hati untuk pulang beraya di kampung apabila terngiang-ngiang keriuhan suara kanak-kanak dan kenangan menikmati keenakan lemang dan ketupat bersama-sama sanak saudara, namun ia terpaksa dilupakan seketika-tugas dan amanah tetap dijunjung.SIAP SEDIA SETIAP MASA.



No comments:

Post a Comment