Sunday, August 29, 2010

Kawad Tangga

Butterworth- Jam 0930pg.Pada 26 Ogos 2010, Anggota seksyen C telah mengadakan aktiviti Kawad Tangga yang bertempat di padang kawad di perkalangan BBButterworth.Aktiviti ini hanya diikuti oleh 5 orang anggota termasuk seorang Pegawai Operasi iaitu Pb Radzi.Jenis tangga yang digunakan ialah Tangga Sambungan 13.5 Meter.Tangga ini hanya terdapat di jentera jenis Scania.Tangga ini mempunyai prop dengan sambungan-sambungan universal.Prop ini dipasang pada tangga utama dan mempunyai pemasangan tidak gelincir pada kakinya.Tangga ini juga mempunyai satu bahagian utama dan dua bahagian tangga sambungan.Kelebaran anak tangga yang paling sempit adalah 305mm.


Pb Radzi(KAB) memberi taklimat sebelum aktiviti dijalankan.


"Tegak kan Tangga"


 Anggota sedang menyelaraskan Jack supaya kedudukkan tangga menjadi stabil .


Semangat berpasukan penting untuk aktiviti ini.


"Naikkan Tangga"


 Ujian menaiki tangga.


Pb Radzi menunjukkan kaedah leg lock.


"Turunkan Tangga"


Tangga diletakkan semula di atas jentera Scania.




Walaupun di bulan puasa, ianya tidak menghalang anggota dari melakukan aktiviti ini. Aktiviti seperti ini juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan antara anggota dan pegawai.Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota supaya tidak berlaku kesilapan semasa menjalankan operasi menyelamat.

Tuesday, August 24, 2010

Jiwa Murni 001

-Butterworth-
Tarikh: 21.08.2010.-
Aktiviti: Gotong-Royong
Lokasi: Bahagian coridor pejabat atas dan bawah.
Anggota yang terlibat: Di ketuai oleh PB Radzi bersama 5 orang anggota.



                                                "Anggota sedang  menarik keluar hose reel"



                                      TEKUN..PB Radzi sedang membersihkan sarang labah2


                                     BERSEMANGAT..setiap pegawai melakukan tugas masing2


                                                     PB Uzaid sedang membuat pancutan air untuk membersihkan
                                                                       lantai  sambil diperhatikan oleh PB Radzi      


RAJIN..kelihatan PB Hafizan sedang menyapu tangga pejabat.

                                        CANGGIH.. Jentera yang digunakan untuk aktiviti gotong royong pembersihan balai.

Sunday, August 22, 2010

Salam Takziah

Butterworth 16/08/2010- Dukacita dimaklumkan bahawa ayah kepada PB Omar Ahmad telah kembali ke Rahmatullah  iaitu pada 16 Julai 2010, jam 3.10 pagi di Hospital Alor Star, Kedah.

Pada jam 9.30am, beberapa anggota dan pegawai dari BBP Butterworth dan wakil dari BBP Kuala Batas telah menziarahi keluarga PB Omar yang terletak di Batu 6 Jalan Kuala Kedah.Antara pegawai yang terlibat ialah PBK11 Zabidi , PB Ishak Aziz, PB Fauzi dan PB Saad Ibrahim.Manakala Pegawai dari BBP Kepala Batas ialah PBK11 Tengku Azhar bersama pemandunya.Sebanyak dua buah pajero yang digunakan untuk menziarahi jenazah.Selepas majlis Tahlil semua anggota meminta kebenaran untuk pulang kebalai kerana mempunyai urusan yang..Jenazah telah selamat dikebumikan pada jam 5.00ptg di Tanah perkuburan Kuala Kedah..


                             "Kenderaan Pajero  yang digunakan untuk menziarah jenazah"


                                        "Kelihatan Anggota dan Pegawai sedang menunggu jenazah" 



                                        "PB Omar mengiringi pengawai dan anggota ke kenderaan"
           


Sehubungan dengan itu kawalanxbutterworth ingin merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh.
 Al-fatihah..


                                        

Sunday, August 15, 2010

Baik Pulih Chain Saw

Butterworth-15/08/2010-Time2030. Seperti biasa selepas panggilan baris anggota bertugas pasukan C memulakan akiviti membuat pemeriksaan peralatan.Setelah pemeriksaan dibuat didapati peralatan bermotor jenis chain saw tidak dapat dihidupkan oleh PB uzaid.Setelah cuba menghidupkan beberapa kali chain saw tersebut masih tidak hidup.Beliau memanggil anggota yang lain untuk membantu.Dua orang rakan beliau datang membantu iaitu PB fadzlee dan PB azrul.

"jurutera-jurutera sedang mencari punca kerosakan'


         Setelah pemeriksaan lanjut dibuat didapati terdapat dua punca masalah yang menyebabkan enjin tidakdapat hidup.Masalah tersebut adalah kerana minyak 2T yang berlebihan , koburator over fluid dan didapati spark plug basah dipenuhi dengan minyak.Untuk menyelesaikan masalah ini, kami memanggil PB Gobala selaku pegawai menjaga jentera untuk membekalan petro dan spark plug yang baru.



Kerja-kerja pembaikan chain saw di teruskan oleh pegawai-pegawai sambil diperhatikan oleh PB Gobala.Antara langkah dan gerak kerja yang dilakukan oleh pegawai ialah dengan menukarkan spark plug yang lama kepada yang baru.Blok chain saw juga turut dibersihkan dengan menggunakan kain yang bersih.

 







Minyak petro yang berlebihan 2T telah dituangkan keluar dan digantikan dengan minyak petrol campuran 2Tyang baru mengikut sukatan yang betul.Sukatan 2T dan campuran petrol hendaklah disukat dengan betul untuk mengelakkan berlakunya mendapan minyak pada spark plug.









 

 
Setelah kerja-kerja penyelenggaran selesai, chain saw cuba dihidupkan oleh pegawai-pegawai dan didapati enjin chain telah dapat dihidupkan seperti sedia kala.



 





Saturday, August 14, 2010

Kenali Logo Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia

1. Bahagian atas logo Jabatan bomba dan Penyelamat, Malaysia terdapat bentuk bulan sabit dan bintang yang membawa makna bahawa nilai-nilai Islam dan nilai-nilai murni diserapkan ke dalam budaya kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.


2. Topi keledar dan kapak bersilang bermaksud keselamatan kepada personel Jabatan yang memberikan perkhidmatan secara profesional.

3. Bunga padi melambangkan kuasa untuk melaksanakan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dan juga kemakmuran negara.

4. Warna merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi, warna kuning melambangkan jabatan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan dan warna biru melambangkan air yang digunakan sebagai media utama pemadaman kebakaran.

Wednesday, August 11, 2010