Sunday, August 29, 2010

Kawad Tangga

Butterworth- Jam 0930pg.Pada 26 Ogos 2010, Anggota seksyen C telah mengadakan aktiviti Kawad Tangga yang bertempat di padang kawad di perkalangan BBButterworth.Aktiviti ini hanya diikuti oleh 5 orang anggota termasuk seorang Pegawai Operasi iaitu Pb Radzi.Jenis tangga yang digunakan ialah Tangga Sambungan 13.5 Meter.Tangga ini hanya terdapat di jentera jenis Scania.Tangga ini mempunyai prop dengan sambungan-sambungan universal.Prop ini dipasang pada tangga utama dan mempunyai pemasangan tidak gelincir pada kakinya.Tangga ini juga mempunyai satu bahagian utama dan dua bahagian tangga sambungan.Kelebaran anak tangga yang paling sempit adalah 305mm.


Pb Radzi(KAB) memberi taklimat sebelum aktiviti dijalankan.


"Tegak kan Tangga"


 Anggota sedang menyelaraskan Jack supaya kedudukkan tangga menjadi stabil .


Semangat berpasukan penting untuk aktiviti ini.


"Naikkan Tangga"


 Ujian menaiki tangga.


Pb Radzi menunjukkan kaedah leg lock.


"Turunkan Tangga"


Tangga diletakkan semula di atas jentera Scania.




Walaupun di bulan puasa, ianya tidak menghalang anggota dari melakukan aktiviti ini. Aktiviti seperti ini juga dapat memupuk semangat kerja berpasukan antara anggota dan pegawai.Ia juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran anggota supaya tidak berlaku kesilapan semasa menjalankan operasi menyelamat.

No comments:

Post a Comment