Butterworth+.18 November 2010 pada jam 8.30 pagi Majlis Ibadah Korban Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia, Negeri Pulau Pinang telah dilangsungkan di Balai Bomba dan Penyelamat Perai. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan pada hari tersebut.Hampir seluruh balai berserta anggota bomba di Pulau Pinang terlibat dalam upacara ini.BBP Butterworth juga terlibat untuk menjayakan aktiviti ini.Anggota BBP Butterworth ditugaskan sebagai ahli jawatan Kuasa untuk mengaihkan daging korban.Upacara Ibadah Korban ini telah diserikan lagi dengan kehadiran YS PKPjP ' Ahmad Izram Bin Osman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang. Turut hadir di majlis tersebut PgKB1 Mohd Razam Bin Taja Rahim, Pen Pengarah Bahagian Operasi Negeri Pulau Pinang.Selain daripada itu, daging-daging korban juga telah diagih-agihkan kepada pegawai dan anggota JBPM Negeri Pulau Pinang.
Tuesday, November 30, 2010
Saturday, November 27, 2010
Jurujual rentung kereta terbakar
BUTTERWORTH: 19/11/2010..Seorang jurujual rentung apabila kereta dipandunya terbakar selepas terbabas dan merempuh pembahagi jalan di Kilometer 12.2 Jalan Lingkaran Luar Butterworth dekat Sungai Puyu, di sini awal pagi semalam.Dalam kejadian jam 4.40 pagi itu, mangsa, Wong Tat Heng, 27, memandu kereta Chevrolet dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas menikmati makan malam di Bukit Mertajam.
Katanya, kereta mangsa masih terbakar ketika pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian dan mengambil masa 15 minit bagi mengawal api. “Pemandu kereta itu didapati rentung seluruh badan dan tiada dokumen pengenalan diri ditemui kerana musnah dijilat api. “Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat,” katanya. Sementara itu, Ketua Traffik dan Ketenteraman Awam Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Superintendan, Mohd Suhaimi Mohd Noor, berkata kes disiasat mengikut Seksyen 421(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber berita: bhnews@bharian.com.my
Thursday, November 25, 2010
Wednesday, November 17, 2010
Monday, November 15, 2010
Salam Aidiladha
Aidiladha adalah hari yang sangat mulia dan istimewa untuk memperingati sejarah Nabi Ibrahim yang begitu patuh arahan Allah S.W.T dan kesabaran anakandanya Nabi Ismail dalam kisah korban dan Haji.
Dalam bahasa Arab dipanggil Eid Ul-Adha. Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Perayaan ini disambut dengan penyembelihan lembu, kambing, unta, kerbau atau lain yang halal juga dengan ibadat Haji di Mekah. Semoga Allah memberkati hidup kita dan Semoga para Haji mendapat haji yang Mabrur.Amin...
Kawalannxbutterworth ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam dan rakan JBPM.
Sunday, November 14, 2010
MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT YAS KETUA PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT, MALAYSIA
Bertempat di Pejabat Y.B Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Majlis Pemakaian Tanda Pangkat YAS Dato' Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim, Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Wira Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis tersebut turut disaksikan oleh Y.Bhg Dato' Ahmad Bin Hj Kabit, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di samping pegawai-pegawai kanan dari Kementerian dan Jabatan. YAS Dato' Wan Mohd Nor Bin Hj Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia mulai 1 November 2010 dengan menjawat Jawatan Gred Utama 'A'.
Setelah sempurna majlis tersebut YAS Dato' Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim juga telah membuat kunjungan hormat terhadap Y.B Datuk Seri Panglima Hj. Lajim Bin Hj. Ukin, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Y.Bhg Dato' Ahmad Bin Hj Kabit, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
sumber: http://www.bomba.gov.my/
Friday, November 12, 2010
Sedia Hadapi Risiko Disengat
Butterworth: Agak pelik apabila melihat tugas anggota Bomba Dan Penyelamat memusnahkan sarang tebuan yang berhampiran dengan rumah orang kampung di Bagan, baru-baru ini.Namun itulah tugas mereka, selain berhadapan tugas memadam kebakaran, membantu masyarakat ketika berhadapan dengan ancaman serangga berbisa turut menjadi sebahagian tugas mereka. Aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku seperti disengat tebuan.
Antara peralatan yang digunakan oleh anggota
Persiapan yang dilakukan oleh anggota sebelum aktiviti pemusnahan tebuan
Tebuan amat sensitif terhadap cahaya seperti lampu suluh dan tindakan untuk memusnahkannya terpaksa dilakukan pada waktu malam saja.
Dengan membekal peralatan yang lengkap dan pengalaman yang luas anggota tentang memusnahkan tebuan ini, operasi ini berjaya dilaksanakan.Kerja memusnahkan sarang tebuan bertinggian 18 meter ini mengambil masa lebih kurang 1 jam lamanya yang menjadi pada lebih 1,000 serangan berbisa itu.Bagi orang awam, kerja begini nampak mudah, bagi anggota mereka terpaksa berhadapan dengan risiko disengat serangga pembunuh yang kadang kala dipandang remeh oleh masyarakat.
Tuesday, November 9, 2010
Sunday, November 7, 2010
Perlantikan Ketua Pengarah JBPM yang baru
Dimaklumkan bahawa YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baru menggantikan YAS Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar yang telah bersara pada 22 Oktober 2010 berkuatkuasa pada 1 November 2010. Setinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga kepimpinan beliau dalam menerajui JBPM akan terus melangkah ke satu era yang lebih cemerlang dan gemilang.
YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim |
Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang baru, menggantikan Datuk Hamzah Abu Bakar yang bersara pada 23 Oktober lepas.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu berkuatkuasa Isnin.
Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim yang berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains di dalam bidang Perancangan Kecemasan, Universiti Putra Malaysia (UPM).
Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Komandan Akademi Bomba di Kuala Kubu Baharu pada tahun 1991, Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penguatkuasa (1994-1995), Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan (1995-1997), Pengarah Negeri Selangor (1997-1999), Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (2000-2008) dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (2008-2010). –
Saturday, November 6, 2010
Majlis "Paluan Berundur"
Sempena Persaraan YAS Dato' Hamzah bin Abu Bakar telah diadakan pada 22 Oktober 2010 jam 0300 petang bertempat diperkarangan ibu pejabat JBPM Putrajaya.Majlis ini diadakan sebagai simbolik penghormatan terakhir kepada YAS Dato' yang akan menamatkan perkhimatannya.Kawalanxbutterworth mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan dan usaha YAS Dato' Ketua Pengarah selama ini merajui pupuk kepimpinan JPBM dengan jayanya.
Gambar sekitar "Majlis Paluan Berundur"
Gambar ini diambil dari facebook JPBM
Majlis Persaraan PB Gunaselan
Butterworth:- Pada 26 October 2010 bertempat di bilik mesyuarat Bahagian Operasi BBP Butterworth telah diadakan satu majlis ringkas tapi penuh bermakna sempena persaraan PB Gunaselan.Majlis turut dihadiri oleh pegawai kanan serta Ketua BBP Butterworth Tuan Shafiee dan serta para anggota.Majlis Persaraan Pb Gunaselan telah berlangsung dalam suasana suram dan ceria. Setelah empat tahun beliau berkhidmat di BBP Butterworth, akhirnya beliau bersara setelah 34 tahun berkhidmat dalam JBPM. Majlis di mulakan dengan ucapan Ketua Balai, ucapan wakil dari anggota dan diikuti penyampaian cenderamata. Pesan beliau kepada warga JBPM, agar terus maju kehadapan dalam semua aspek
Kawalanxbutterworth mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PB Gunaselan atas segala jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan sepanjang berkhidmat di BBP Butterworth.
Subscribe to:
Posts (Atom)