Friday, November 12, 2010

Sedia Hadapi Risiko Disengat

Butterworth: Agak pelik apabila melihat tugas anggota Bomba Dan Penyelamat memusnahkan sarang tebuan yang berhampiran dengan rumah orang kampung di Bagan, baru-baru ini.Namun itulah tugas mereka, selain berhadapan tugas memadam kebakaran, membantu masyarakat ketika berhadapan dengan ancaman serangga berbisa turut menjadi sebahagian tugas mereka. Aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam kerana tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku seperti disengat tebuan.



                                                Antara peralatan yang digunakan oleh anggota


 Persiapan yang dilakukan oleh anggota sebelum aktiviti pemusnahan tebuan



Tebuan amat sensitif terhadap cahaya seperti lampu suluh dan tindakan untuk memusnahkannya terpaksa dilakukan pada waktu malam saja.


Dengan membekal peralatan yang lengkap dan pengalaman yang luas anggota tentang memusnahkan tebuan ini, operasi ini berjaya dilaksanakan.Kerja memusnahkan sarang tebuan bertinggian 18 meter ini mengambil masa lebih kurang 1 jam lamanya yang menjadi pada lebih 1,000 serangan berbisa itu.Bagi orang awam, kerja begini nampak mudah, bagi anggota mereka terpaksa berhadapan dengan risiko disengat serangga pembunuh yang kadang kala dipandang remeh oleh masyarakat.

No comments:

Post a Comment