Friday, December 31, 2010
Thursday, December 30, 2010
Pelancong cemas rumah tumpangan terbakar
PULAU PINANG 25 Dis. - Lebih 150 pelancong terpaksa melalui saat-saat cemas berasak-asak meredah laluan keluar yang sempit dan dilitupi asap tebal apabila dua buah rumah tumpangan dua tingkat yang mereka huni di Bayu Senja, Batu Feringghi d...i sini terbakar pagi ini.
Selain dua rumah tumpangan mengandungi 37 bilik itu, turut hangus dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi di Kampung Belacan di sini ialah dua buah kediaman yang terletak di kawasan berdekatan.
Dalam kejadian berkenaan, semua penghuni terdiri daripada pelancong asing dan tempatan berjaya menyelamatkan diri tetapi sebahagiannya terpaksa mengorbankan barangan termasuk dokumen seperti tiket kapal terbang, pasport dan pakaian yang gagal diselamatkan.
Asap tebal kebakaran tersebut dapat dilihat dari jauh dan ia dipercayai bermula di tingkat bawah rumah berkenaan yang berdekatan dengan Masjid Batu Feringghi dan Hotel Park Royal di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) negeri, Mohd. Razam Taja Rahim ketika ditemui di tempat kejadian berkata, struktur rumah yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api merebak dengan cepat dan sukar dikawal.
Jelasnya, selain faktor tiupan angin kerana kawasan tersebut terletak berdekatan pantai, faktor cuaca yang kering juga menyumbang kepada keadaan itu.
Menurutnya, enam jentera bomba dari Jalan Perak, Bagan Jermal dan Teluk Bahang dengan 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sebaik sahaja mendapat panggilan daripada orang awam.
"Selain berjaya memadamkan api dalam masa 15 minit, tindakan pantas anggota juga berjaya menyelamatkan 10 rumah lain yang berada di kawasan berdekatan daripada turut terbakar," katanya.
Jelas Mohd. Razam, pihaknya mengambil masa kira-kira-kira sejam untuk mengawal kebakaran itu sepenuhnya.
Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semasa kejadian kebanyakan pelancong yang menginap di rumah tumpangan itu berada di pantai Batu Feringghi dan keluar bersiar-siar di kawasan sekitar.
Bagaimanapun, katanya, dua anggota bomba sukarela cedera di tangan akibat terkena api ketika cuba memadamkan kebakaran itu.
Tambah beliau, pihaknya sedang menyiasat punca dan jumlah kerugian akibat kejadian itu.
Kebakaran itu menyebabkan jalan menghala ke Batu Feringghi sesak teruk kira-kira 10 kilometer.
Sementara itu, seorang saksi, G. Shanta, 30, berkata, selain barang berharga miliknya, 15 pasport antarabangsa milik pelancong dari India yang berada dalam simpanannya turut musnah dalam kejadian itu.
Salah seorang pemilik rumah tumpangan berkenaan, Zuhana Mohd. Ali pula berkata, kebakaran itu merupakan kali kedua berlaku di premis itu.Katanya, kejadian pertama yang berlaku pada 1987 memusnahkan sebahagian kecil rumah itu sebelum ia dibangunkan semula oleh arwah ayahnya.
Sumber -- Utusan Malaysia
Tuesday, December 28, 2010
Paparan Piagam Pelanggan dan Pencapaian
Untuk makluman, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia adalah tersenarai antara agensi yang memaparkan Pencapaian Piagam Pelanggan di laman web Jabatan.
Sumber Rujukan : www.mampu.gov.my
Ranking HRMIS Nov 2010
Untuk makluman, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia berada di nombor 28 di dalam Ranking Agensi yang menggunakan HRMIS. Dapatkan senarai lengkap agensi-agensi yang login HRMIS sehingga 30 November 2010 di sini.
sumber rujukan : http://www.jpa.gov.my/ dan http://www.bomba.gov.my/
Monday, December 27, 2010
Contingency plan in place
WATER tankers, hydrosub water pumps, rivers and even air support form part of the Penang Fire and Rescue Department’s contingency plan to fight fires during the state-wide water disruption next Tuesday.
State Fire and Rescue Department director Ahmad Izram Osman said all fire stations should ensure their fire engines, water tanks and equipment such as hose fittings and portable pumps were in good condition.
He said fire and rescue officers would be on standby for emergencies while voluntary fire and rescue teams had also been roped in.
He said the department had identified 113 open water sources such as rivers and ponds to help in firefighting operations that day.
“Water tankers and hydrosub water pumps will be borrowed from fire and rescue departments in Kedah and Perak,” he told a press conference yesterday.
Ahmad Izram said the marine unit in Mak Mandin, Butterworth, would have water supply for fire engines in areas of central Seberang Perai while Penang island would get its supply from Port Swetten-ham.
“Water tankers would be borrowed from the Penang Municipal Council and Seberang Perai Municipal Council and they’ll be placed at Perak Road and Bandar Perda.
“All factories have also been informed to ensure the water supply from emergency storage tanks is not used and the tanks are filled up on that day,” he said.
He added that emergency response teams had also been told to ensure their firefighting equipment were in good condition.
He stressed that air support would be brought in if a forest fire was to break out that day.
Penang Water Supply Corporation general manager Jaseni Maidinsa urged Penangites to store water on Monday night.
“Every building should ensure its water tanks are filled up with at least two hours worth of volume,” he said.
For details, call the department’s operation centre in Prai at 04-3929872 or fax to 3929873.
Source: The Star Online
Saturday, December 25, 2010
Friday, December 24, 2010
Empat sekeluarga mati
PULAU PINANG 22 Dis. – Seorang bapa tidak dapat menahan sebak ketika menceritakan bagaimana empat ahli keluarganya maut selepas rumah kedai dua tingkat yang mereka duduki musnah dalam kebakaran di Jalan Perak, di sini awal pagi ini.
Heoh Hooi Poh, 57, yang kehilangan isteri, ibu serta dua anak dalam kejadian pukul 2.30 pagi itu menangis teresak-esak ketika menceritakan usaha anak lelaki yang turut maut dalam kejadian itu ketika menyelamatkan ahli keluarga mereka
“Anak lelaki saya naik semula ke atas untuk menyelamatkan ibu dan kakaknya selepas berjaya membawa neneknya turun. Saya tidak sangka dia juga turut terkorban bersama mereka,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Pulau Pinang hari ini.
Kebakaran itu meragut nyawa isterinya, Goey Siew Keow, 56; anak lelakinya, Neoh Soon Aik, 16, dan anak perempuan, Neoh Li Hong, 18.
Ibunya, Lim Chai Hwa, 73, yang berjaya diselamatkan Soon Aik meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dipercayai akibat sesak nafas.
Mayat Siew Kiow dan Li Hong pula ditemui berpelukan di dalam bilik air tingkat atas rumah itu.
Menceritakan kejadian itu, Hooi Poh memberitahu, ketika kejadian, dia bersama semua ahli keluarganya itu sedang tidur di tingkat atas.
Katanya, kebakaran itu hanya disedarinya setelah dia terjaga sebaik sahaja terdengar jeritan Soon Aik kira-kira pukul 2.30 pagi.
Dalam keadaan kelam-kabut itu, katanya, dia bergegas turun ke bawah untuk membuka pintu dan berharap ahli keluarganya yang lain turun bersamanya.
“Malangnya, saya hanya nampak kelibat Soon Aik sedang memapah ibu saya yang tidak boleh berjalan. Setelah meletakkan neneknya di tempat selamat, saya nampak dia berlari semua ke atas.
“Selepas itu, saya langsung tidak melihatnya. Api yang marak, asap tebal serta keadaan yang gelap menyukarkan saya untuk masuk semula ke rumah untuk menyelamatkan mereka,” katanya sambil menangis.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (Operasi) Pulau Pinang, Mohd. Razam Taja Rahim berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kebakaran itu kira-kira pukul 2.50 pagi.
Beliau berkata, lima jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan empat pasukan sukarelawan bomba bergegas ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran kira-kira 20 minit kemudian.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Ahmad Izram Osman menafikan dakwaan kononnya pasukannya lewat tiba di tempat kejadian.
Ahmad Izram berkata, dakwaan oleh seorang daripada anggota keluarga mangsa itu adalah tidak berasas kerana bomba tiba sejurus menerima panggilan.
“Antara kesulitan ialah faktor struktur bangunan yang susah ditembusi dari pintu hadapan, lantai beralaskan kayu, susun atur barangan dalam kedai tersebut yang dipenuhi colok dan minyak serta papan tanda kedai hadapan bangunan menyukarkan anggota penyelamat untuk memasuki premis itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sumber berita dari : Utusan Online
Friday, December 17, 2010
Gangguan Bekalan Air Seluruh Seberang Perai
GEORGE TOWN: Hampir 80 peratus kawasan di Pulau Pinang akan mengalami gangguan bekalan air antara 12 dan 24 jam pada 28 Disember ini, melibatkan kira-kira 1.3 juta penduduk negeri itu.
Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.
Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.
"Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Ir Jaseni Maidinsa berkata dua kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam ialah Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar manakala seluruh kawasan Seberang Perai, George Town, Farlim, Bayan Baru, Bayan Lepas dan Batu Maung akan mengalami gangguan selama 12 jam.
Katanya kawasan Tanjung Bungah, Batu Ferringhi dan Teluk Bahang tidak terlibat dan akan menerima bekalan air seperti biasa.
"Gangguan yang melibatkan kira-kira 80 peratus penduduk negeri ini berikutan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua, Seberang Perai dan Stesen Pam Bukit Dumbar di bahagian Pulau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata gangguan bekalan air itu bermula pada jam 7 pagi, 28 Disember dan akan pulih sepenuhnya pada jam 7 malam di kebanyakan kawasan manakala kawasan yang mengalami gangguan bekalan air selama 24 jam dijangka pulih pada jam 7 pagi, keesokannya.
"Kita perlu melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Sungai Dua yang merawat 80 peratus air untuk seluruh Pulau Pinang," katanya.
Jaseni berkata pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.
"Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan," katanya.
Beliau berkata PBAPP merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.
Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.
Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi
Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. –Bernama
Jaseni berkata pada masa yang sama PBAPP akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan elektrik dan mekanikal berkala di Stesen Pam Bukit Dumbar dan juga penyambungan paip utama di Simpang Jalan Sungai Dua, Jalan Pekan Darat dan Jalan Bukit Tengah untuk projek landasan kereta api berkembar.
"Kita akan menurunkan kira-kira 300 pekerja pada hari berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja menaik taraf dan penyelenggaraan berkenaan," katanya.
Beliau berkata PBAPP merujuk kepada kerajaan negeri dan memaklumkan kepada pihak industri mengenai gangguan berkenaan.
Beliau turut menasihati penduduk Pulau Pinang supaya menyimpan air yang mencukupi untuk kegunaan selama 24 jam.
Maklumat lanjut mengenai gangguan bekalan air itu dapat diperoleh menerusi
Pusat Panggilan 24-jam PBAPP di talian 04-5096509. –Bernama
Air merupakan sumber yang penting bagi operasi pemadaman api.Sehubungan dengan itu BBP BUTTERWORTH telah mengambil langkah untuk menangani masalah jika berlaku kebakaran pada hari tersebut.Kaedah yang digunakan ialah menggunakan sumber air terbuka.
Berikut adalah Lokasi jagaan berserta dengan punca bekalan air:---------
BEKALAN AIR TERBUKA KAWASAN JAGAAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BUTTERWORTH
BIL
|
KAWASAN JAGAAN
|
PUNCA BEKALAN AIR
|
1.
|
Kawasan Bagan
-Jetty
-Bagan Dalam
-kampung Perlis
-Bagan Luar
-New Ferry
-Sungai Nyior
|
Laut
Sungai Perai, IWK
Sunagai Perai,IWK
Laut
Sungai Nyior, Sungai Perai& IWK
Sungai Nyior, Sungai Perai & IWK
|
2.
|
PEKAN BAGAN
-Jetty Lama
-Pekan Bagan
-Telaga Ayer
-Kampung Gajah
-Jalan Mengkuang
-Kampung Benggali
-Jalan Pak Abu
-Jalan Heng Choon Thian
-Jalan Siram
|
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Laut
Sungai Nyior
|
3.
|
JALAN PERMATANG PAUH
-Taman Bagan
-Mak Mandin
-Jalan Permatang Pauh
-Taman Cantik
-Taman Mesra
|
Sungai Perai
Sungai Perai
Sungai Perai
Saliran Sungai Nyior
Sungai Perai
|
4.
|
JALAN BAGAN JERMAL
-Taman Riang
-Bagan Jermal
-Jalan Mohd Saad
-Bagan Ajam
|
Laut
Laut
Laut
Laut
|
BIL
|
KAWASAN JAGAAN
|
PUNCA BEKALAN AIR
|
5.
|
RAJA UDA
-Pekan Raja Uda
-Jalan Ong Yi How
-Kampung Simpah
|
Laut
|
6.
|
SUNGAI PUYU
-Bagan Lalang
-Pekan Sungai Puyu
-Sungai Lokan
-Pekan Sungai Dua
-Maklom
-Kampung Tok Sani
|
Sungai Perai
Sungai Dua
Sungai Dua
Sungai Dua
Sungai JPS
Sungai Kg. Tok Sani
|
7.
|
JALAN PEKAN DARAT
- Permatang Tok Jaya
-Pekan Darat
-Permatang Tok Gelam
-Permatang Binjai
|
Saliran JPS
Saliran JPS
Saliran JPS
Saliran JPS
|
8.
|
TELUK AIR TAWAR / PENAGA
- Kampung Setul
-Pekan Telok Air Tawar
-Padang Benggali
-Taman Telok Air Tawar Indah
-Titi Mukim
-Penaga
|
Saliran JPS
Saliran JPS
Sungai Abdul
Sungai Abdul
Sungai Abdul
Saliran JPS
|
SENARAI NAMA BANGUNAN YANG TERDAPAT KOLAM RENANG
NAMA APARTMENT/
TEMPAT LOKASI KOLAM RENANG
|
KAWASAN
|
1. AFFIN BAY ( LOBY )
|
KAMPUNG GAJAH
|
2. PANTAI APARTMENT
( LOBY )
|
KAMPUNG GAJAH
|
3. TUDM ( OPEN GROUND )
|
TELUK AIR TAWAR
|
4. PANGSAPURI SERI MOLEK
( OPEN GROUND )
|
TAMAN TELUK RAJA UDA
|
5. APARTMENT TAMAN PANDAN
( OPEN GROUND )
|
JALAN KG BHARU RAJA UDA
|
6. KONDOMINIUM CASSIA
( TINGKAT 2 )
|
JALAN RAJA UDA
|
7. KONDO VISTA BAY
( LOBY)
|
JALAN RAJA AIR
|
8. PARK VIEW ( TINGKAT 6 )
|
JALAN NEW FERRY
|
9. SEA VIEW ( TINGKAT 5 )
|
JALAN KG PERLIS
|
Sumber: TPgB Mohd Shafiee bin Khamis
Ketua Balai BBP Butterworth
Thursday, December 16, 2010
Majlis Berkhatan
Butterworth,12 Disember 2010-Pemuda Kadun Teluk Air Tawar bersama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tasek Gelugor telah menganjurkan majlis berkhatan beramai-ramai yang bertempat di Dewan JKKKP Jalan Belian Bagan Ajam.Majlis yang bermula jam 0800 pg ini di sempurnakan oleh wakil Pemuda UMNO Kadun Telok Air Tawar.Bersempena dengan kehadiran cuti persekolahan, Seramai 30 orang kanak-kanak dalam linkungan umur 6 hingga 13 tahun telah terlibat dalam upacara khatan ini.Pengelola majlis tersebut berkata, upacara berkhatan itu terbuka kepada semua kanak-kanak yang tinggal di kawasan Teluk Air Tawar.Menurutnya, program berkhatan ini adalah yang kali kedua dianjurkan dan diadakan lagi pada tahun hadapan berikutan sambutan yang menggalakkan.Ianya bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan yang sedia ada selaras dengan gabugan 1 Malaysia.Lebih menarik lagi majlis khatan ini turut akan diserikan lagi dengan upacara penyemburan air oleh anggota BBP BUTTERWORTH.
Selamat Datang Ke Majlis Berkhatan Beramai-ramai
Persiapan para anggota sebelum majlis dimulakan.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)