Friday, April 15, 2011

Anggota Bomba, Anak Perempuan Maut Dirempuh Lori

BUKIT MERTAJAM, 13 April (Bernama) -- Seorang anggota bomba dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang ditunggang mangsa dirempuh sebuah lori di Km 148.9 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke utara pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Azman Ab Lah berkata dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.45 pagi itu, Abdul Samat Arshad, 49, yang bertugas di Balai Bomba dan Penyelamat Perai dan anaknya Nurul Irdani, 13, dirempuh berhampiran susur keluar ke Bukit Tambun di sini.

Menurutnya, ketika kejadian Abdul Samat dalam perjalanan dari Nibong Tebal ke Sekolah Menengah Kebangsaan Inderawasih dekat Perai untuk menghantar anaknya ke sekolah berkenaan.

"Motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terlanggar pembahagi jalan mengakibatkan sebuah lori yang berada di belakang motosikalnya tidak sempat berhenti lalu merempuh motosikal mangsa," katanya.

Azman kedua-dua mangsa meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat sebelum dibawa pulang ke Kampung Masjid, Teluk Kumbar untuk dikebumikan.

Beliau berkata polis sedang mengesan pemandu lori tersebut yang dipercayai melarikan diri selepas kejadian berkenaan.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di talian 04-5382222 atau balai polis berhampiran.



-- BERNAMA

Tip Keselamatan Jalan Raya

•Kebakaran Kereta
Tindakan yang Perlu Anda Lakukan


•Kemalangan Kereta
A) Jika Tidak Terperangkap Dalam Kenderaan.



B) Jika Terperangkap Dalam Kenderaan.



•Keperluan Keselamatan Di Dalam Kenderaan


•Tindakan Yang Perlu Dilakukan Jika Berada Di Dalam Situasi Kemalangan Jalan Raya

sumber: web bomba.gov.my

Monday, April 4, 2011

Sebak lihat api mamah anak

KEPALA BATAS: “Anak aku ya Allah...anak aku ya Allah!” Hanya itu perkataan terhambur daripada bibir seorang ibu yang kehilangan anak lelakinya dalam kebakaran sebuah rumah papan dua tingkat di Permatang Nibong, dekat sini, semalam.Noramalina Mat Ariffin, 25, tidak dapat menahan kesedihan dengan tragedi yang meragut nyawa anak keduanya, Mohammad Irfan Abdul Rashid, 5, sehingga terpaksa ditenangkan jiran. Mayat Mohammad Irfan ditemui dalam keadaan 70 peratus rentung di dalam bilik di tingkat bawah rumah mereka selepas anggota bomba dan penyelamat memadam kebakaran.Sebelum kejadian kira-kira jam 11.50 pagi itu, hanya Noramalina dan anak lelakinya itu berada di rumah, manakala suaminya, Abdul Rashid Ismail, 31, pergi ke sawah.Dua lagi anak pasangan itu, Norafikah, 7, berada di sekolah agama manakala anak bongsu, Mohammad Ikmal, 3, dibawa saudara mereka ke kedai berhampiran.Noramalina berkata, sebelum kejadian, dia memasak dan Mohammad Irfan bermain di tingkat atas rumah papan dua tingkat itu seorang diri.
“Saya menyedari tingkat atas rumah terbakar dan menjerit memanggil Irfan, tapi dia tidak turun. Saya cuba naik, tapi gagal kerana api marak cepat menyebabkan saya keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.Difahamkan, bapa Noramalina, Mat Ariffin Hassan, 62, yang pulang ke rumah sejurus diberitahu kejadian itu cuba masuk ke dalam rumah untuk menyelamatkan Mohammad Irfan, tetapi gagal, malah dia cedera di badan dan tangan.Sementara itu, Abdul Rashid berkata, Mohammad Irfan sering tidur lewat kerana menunggunya pulang untuk tidur bersama, tetapi pada malam kelmarin, anak keduanya itu tidur lebih awal.
“Selalunya dia tidur lewat kerana tunggu saya pulang sampai jam 2 pagi, tetapi pada malam kelmarin, jam 10 malam dia sudah tidur. Tak sangka itu petanda kami akan kehilangannya,” katanya yang ditenangkan Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh turut melawat dan menghulurkan sumbangan bencana alam RM1,000 kepada mangsa.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Perda, Hadzi Mohamed Yusoff, berkata tiga jentera masing-masing satu dari Bandar Perda, Prai dan Bukit Mertajam dengan 35 anggota bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 11.59 pagi.Menurutnya, selepas api dikawal lima minit kemudian, pihaknya menemui mayat seorang kanak-kanak dalam keadaan 70 peratus rentung.“Selain mangsa, seorang warga emas juga cedera pada anggota badan dan tangan ketika cuba menyelamatkan mangsa,” katanya.
Sumber berita : Mymetro Online

Thursday, March 24, 2011

Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Bola Sepak BBP Butterworth

BUTTERWORTH, – Satu majlis meraikan kejayaan Pasukan Bola Sepak BBP Butterworth telah diadakan di Kawasan Kantin BBP Butterworth. Majlis yang diadakan serba ringkas itu turut dihadiri oleh PBT Samsuddin Bin Abdul Gazee selaku wakil  Ketua Balai,Pegawai-pegawai kanan dan serta anggota.
Seramai 15 peserta termasuk seorang Pengurus Pasukan dan seorang jurulatih telah menerima penghargaan kerana telah merangkul gelaran tempat ke-3 dalam Kejohanan Bola Sepak (Tertutup) Piala Ketua Pengarah JBPM 2011. Pertandingan ini telah diadakan di Padang Bola Kilat Tenaga Nasional Berhad Jalan Baru Perai pada 05 March 2011 yang lalu.
Pengurus Pasukan berkata, beliau sangat berbesar hati dan mengucapkan tahniah kepada peserta bola sepak kerana telah mengharumkan nama balai.Justeru beliau mengingatkan supaya mengekalkan kejayaan yang dicapai disamping membuat latihan yang berterusan bagi memantapkan dan meningkatkan lagi prestasi sukan ini.
Sementara itu, Mohd Izwani selaku jurulatih Pasukan Bola Sepak  BBP Butterworth berkata inilah kali pertama pasukan ini memperolehi kejayaan yang cemerlang berbanding dengan 5 tahun yang lepas iaitu hanya layak ke pusingan pertama sahaja.
























Thursday, March 17, 2011

Anggota bomba dipukul ketika padam kebakaran

GEORGETOWN: Seorang anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini membuat laporan polis bahawa dia dipukul oleh seorang lelaki tidak dikenalinya ketika sedang menjalankan tugas-tugas memadam api kebakaran sebuah bangunan lama di sini pagi i...ni.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Azmi Tamat, berkata anggota berpangkat penyelia berusia 50 tahun itu, membuat laporan polis bagi pihak jabatannya kerana lelaki awam terbabit mengganggu tugas anggota bomba...... Azmi berkata, sebelum kejadian itu, bomba menerima panggilan kebakaran sebuah bangunan kosong yang pernah dijadikan kilang papan di Jalan Bukit Dumbar di sini pada jam 7.45 pagi. Seramai 28 anggota dengan empat buah jentera dikerahkan dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian terus mengawal api daripada merebak ke bangunan-bangunan kilang kayu dan gaharu bersebelahan.
"Beberapa lelaki awam yang datang ke tempat kejadian kemudiannya memberi arahan kepada pasukan bomba untuk menyiram air di kawasan yang tidak disambar api tetapi pasukan bomba enggan berbuat demikian kerana mereka sibuk memadam api kebakaran," katanya.
Azmi berkata, secara tiba-tiba seorang daripada lelaki terbabit berusia lingkungan 50-an dipercayai tidak berpuas hati kerana arahannya tidak dilayan terus memaki hamun pasukan bomba bertugas sebelum memukul anggota bomba berpangkat penyelia itu.
Katanya, insiden itu menimbulkan kekecohan dan berlaku pergelutan antara anggota bomba dan lelaki terbabit tetapi dapat dileraikan anggota bomba lain sebelum mereka memanggil polis.
"Anggota bomba itu kemudiannya membuat aduan di Balai Polis Jelutong dan kes itu diserahkan untuk siasatan polis," katanya.
Azmi menasihati orang ramai supaya menghormati anggota bomba ketika mereka menjalankan tugas kerana semua anggotanya adalah terlatih dan tahu apa yang harus dilakukan berdasarkan piawaian kerja.
Berdasarkan Seksyen 18 Akta Perkhidmatan Bomba 1988, seseorang pegawai bomba mempunyai kuasa untuk mengeluarkan orang awam dari tempat kejadian jika didapati mengganggu kerja-kerja Jabatan Perkhidmatan Bomba.
Selain itu, Seksyen 51 akta sama memperuntukkan kuasa kepada pegawai bomba untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap orang awam yang sengaja mencaci, menyerang, mengacau atau menghalang mana-mana pegawai bomba melaksanakan tugas mereka. – BERNAMA  (16/03/2011)

Saturday, March 12, 2011

Kini Boleh Daftar Teman Pili Bomba Di Website

Bagi orang awam yang tinggal di rumah yang berhampiran dengan pili bomba bolehlah memohon untuk menjadi teman pili bomba.Ianya adalah PERCUMA untuk anda menjadi teman pili bomba dan menjadi masyarakat yang prihatin untuk semua.

Jika anda semua berminat untuk menjadi teman pili bomba bolehlah mendaftarkan diri di laman percubaan tersebut.Sila clik di bawah:-
TEMAN PILI BOMBA


p/s:
Sistem Teman Pili Bomba ini akan digunakan secara rasmi pada 01 April 2011 dan buat masa sekarang laman web itu di peringkat percubaan dan dibuka untuk semua.
sumber: facebook jbpm


Tuesday, March 8, 2011

Kilang polistirena rugi RM6j

PERAI – Sebuah kilang membuat polistirena, Fegerdala World Foam yang terletak di Plot 40, Lorong Perusahaan Maju 7, dekat sini, rugi kira-kira RM6 juta selepas ia musnah dalam satu kebakaran, awal pagi semalam. Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu dikatakan berpunca daripada sebuah stor menyimpan bahan mentah yang terletak di dalam kilang itu, menyebabkan api marak dengan cepat.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kesemua 11 pekerja syif malam yang berada di dalam kilang itu sempat menyelamatkan diri. Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba Perai, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, ‘Aazelan Hassan berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan daripada orang awam pada jam 1.08 pagi dan jentera pertama tiba di sana enam minit kemudian. Menurutnya, ketika bomba tiba, api sudah lebih 50 peratus marak berikutan kilang berkenaan dipenuhi bahan mudah terbakar.
“Kita menghadapi sedikit kesukaran ketika operasi pemadaman dilakukan berikutan punca utama api berada berdekatan dengan kawasan Liquified Petroleum Gas (LPG) dan kita perlu mengawal kawasan itu terlebih dahulu. “Kerugian yang dialami tinggi berikutan kebanyakan bahan yang terbakar adalah terdiri daripada mesin, selain bahan mentah bagi memproses polistirena itu.

“Sebuah kilang membuat besi yang terletak di belakang kilang itu turut kerugian RM1.1 juta selepas beberapa bahagian di kilang terbabit terbakar. Begitu pun, kilang itu tidak berpenghuni berikutan operasinya tamat pada jam 5 petang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
‘Aazelan berkata, seramai 60 anggota dengan kekuatan jentera masing-masing tiga dari Balai Jalan Perak dan Perai, dua dari Perda dan satu dari Bukit Mertajam dan Butterworth bertungkus-lumus memadamkan kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan kilang itu.
sumber: Sinarharian

Monday, March 7, 2011

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah (Tertutup) Piala Pengarah JBPM Pulau Pinang

Satu pertandingan bolasepak piala Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang telah diadakan pada 05 March 2011 bertempat di Padang Kilat Tenaga Nasional Berhad Jalan Baru Perai dan pertandingan ini dimulakan pada jam 09:00 dan berakhir pada jam 18:00.Hampir seluruh balai di negeri Pulau Pinang termasuk BBP Butterworth dan pasukan dari Ibu Pejabat JBPM Negeri Pulau Pinang telah menyertai pertandingan ini.
Pada peringkat awal pertandingan dijalankan secara liga dan  johan setiap kumpulan  akan memasuki pusingan kedua seterusnya ke separuh akhir dan perlawan akhir.Setelah perlawanan kumpulan berakhir pasukan yang layak ke peringkat  separuh akhir adalah melibatkan pertemuan pasukan daripada BBP Bayan Baru menentang BBP Butterworth dan pasukan BBP Perai (B) menentang BBP Jalan Perak (B).Keputusan perlawan diperingkat separuh akhir dan akhir adalah seperti berikut:


Johan                          : BBP Perai (B)
Naib Johan                   : BBP Bayan Baru
Tempat Ke 3 dan 4        : BBP Butterworth / BBP Perak Road (B)

 Kawalanxbutterworth ucapkan  TAHNIAH! kepada semua pengurus serta pemain atas kejayaan ini. Bersamalah kita tingkatkan usaha dan seterusnya mengekalkan kecemerlangan yang kita perolehi ini.Amin..

     GAMBAR SEKITAR PERTANDINGAN  BOLA SEPAK              


 


Berbaju biru izwani selaku jurulatih BBP Butterworth





BBP Butterworth vs BBP Perak Road (A) Pusingan Ke-2
BBP Butterworth Vs BBP Bayan Baru (Separuh Akhir)






BBP Perai (B) vs BBP Bayan Baru (AKHIR)


Pasukan Bola Sepak BBP Butterworth


Sunday, March 6, 2011

BBP Butterworth Vs Ibu Pejabat JBPM Pulau Pinang.

BBP Butterworth vs Ibu Pejabat JBPM Penang

 Satu perlawanan bola sepak yang melibatkan BBP Butterworth dan  Ibu Pejabat JBPM Penang telah diadakan di Padang Bola Sepak Sony. Perlawanan ini juga adalah sebagai simbolik kepada persiapan  untuk pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Piala YAS Pengarah JBPM Penang. Apa yang menarik tentang perlawanan ini ialah turut di hadiri oleh Ketua Balai BBP Butterworth, Tuan Shafiee Bin Khamis.Kehadiran beliau ke padang dapat  menyunting semangat para pemain Butterworth dan sekali gus memperolehi kemenangan besar iaitu dengan jaringan 5 berbalas 1.

                                                                   Tarikh: 02 March 2011
Masa:1730 Ptg
Tempat: Padang SONY Seberang Jaya
Keputusan
BBP Butterworth (5) vs Ibu Pejabat JBPM Penang (1)










                                     Meraihkan Kejayaan.                                         















Saturday, March 5, 2011

Video Kereta Bomba Malaysia..


  
                      Fire Engines In Malaysia..

Friday, March 4, 2011

Perlawanan Persahabatan Vs BBP Perda.

Butterworth – 27/02/2011 Satu perlawanan persahabatan bolasepak di antara BBP Butterworth  dan BBP Perda telah diadakan di Padang Bolasepak Sekolah St Mark. Perlawanan yang bertujuan untuk memupuk semangat juang yang sihat serta meningkatkan kualiti kecergasan di kalangan kedua-dua pasukan itu telah dihadiri oleh pegawai dan anggota dari kedua-dua pasukan. Selain dari memenuhi jadual sukan kedua-dua pasukan, aktiviti tersebut juga merupakan sebahagian daripada persiapan untuk Pertandingan Bolasepak 9 sebelah Piala Pengarah JBPM Pulau Pinang . Ianya juga telah berjaya merapatkan lagi keakraban di antara semua anggota dari kedua-dua pasukan. Di perlawanan tersebut, pasukan BBP Buterworth telah berjaya menewaskan BBP Perda dengan jaringan 2 berbalas 1. Syabas dan tahniah dirakamkan kepada pegawai, pemain dan semua yang terlibat sama ada secara langsung atau pun tidak langsung di dalam menyumbangkan kejayaan kepada aktiviti tersebut.


Pasukan BBP Perda
Pasukan BBP Butterworth




                                                                 BBP Butterworth vs BBP Perda