GEORGETOWN - Seorang lelaki warga Bangladesh ditemui rentung manakala tiga lagi cedera termasuk dua kanak-kanak dalam kebakaran di sebuah kedai barang lusuh di Lebuh Nordin, di sini awal pagi semalam.
Mangsa yang dikenali sebagai Kiron, 42, dikatakan terperangkap di bahagian loteng rumah kedai yang dijadikan asrama pekerja warga asing yang bekerja di kedai itu.
Ketua Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Balai Lebuh Pantai, Khozairi Ahmad berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.31 pagi dan jentera pertama tiba tiga minit kemudian di tempat kejadian.
Khozairi berkata, 30 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak dan Lebuh Pantai dikerah ke lokasi kejadian selain dibantu lima jentera bomba sukarela bersama 40 anggota untuk kerja pemadaman kebakaran. Api berjaya dikawal kira-kira 20 minit kemudian.
Menurutnya, api dipadamkan sepenuhnya pada jam 5 pagi dan pemeriksaan awal tidak menemui mayat mangsa seperti yang dilaporkan.
Namun selepas pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan selama sejam akhirnya mayat mangsa ditemui atas loteng rumah dalam keadaan rentung.
“Ketika kami sampai, kita dapati api sedang marak dan selepas api berjaya dipadamkan kami dimaklumkan bahawa ada pekerja yang terperangkap dalam premis itu.
“Mangsa yang terperangkap di loteng itu dipercayai gagal keluar menyelamatkan diri disebabkan sedang tidur. Kami mendapat maklumat dia sedang sakit sebelum kebakaran. Mangsa hangus dalam kejadian itu “ katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian semalam.
Khozairi berkata, usaha untuk menurunkan mangsa mengalami sedikit kesukaran berikutan keadaan kedai yang berbahaya akibat dari kesan kebakaran dan mereka terpaksa menggunakan rumah bersebelahan untuk memanjat dan membawa keluar mangsa yang terperangkap atas loteng.
“Selepas sejam mencuba, akhirnya mayat mangsa berjaya diturunkan pada jam 7 pagi dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat. Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kebakaran dan nilai kerugian,” katanya.
Menurutnya, selain mangsa yang terbunuh, tiga lagi penghuni premis itu termasuk seorang rakan mangsa berusia 27 tahun dan dua anak pemilik premis berusia lapan dan tiga setengah tahun cedera dan dihantar ke HPP untuk rawatan.

Sumber berita daripada : Sinar Harian
No comments:
Post a Comment