Sunday, August 15, 2010

Baik Pulih Chain Saw

Butterworth-15/08/2010-Time2030. Seperti biasa selepas panggilan baris anggota bertugas pasukan C memulakan akiviti membuat pemeriksaan peralatan.Setelah pemeriksaan dibuat didapati peralatan bermotor jenis chain saw tidak dapat dihidupkan oleh PB uzaid.Setelah cuba menghidupkan beberapa kali chain saw tersebut masih tidak hidup.Beliau memanggil anggota yang lain untuk membantu.Dua orang rakan beliau datang membantu iaitu PB fadzlee dan PB azrul.

"jurutera-jurutera sedang mencari punca kerosakan'


         Setelah pemeriksaan lanjut dibuat didapati terdapat dua punca masalah yang menyebabkan enjin tidakdapat hidup.Masalah tersebut adalah kerana minyak 2T yang berlebihan , koburator over fluid dan didapati spark plug basah dipenuhi dengan minyak.Untuk menyelesaikan masalah ini, kami memanggil PB Gobala selaku pegawai menjaga jentera untuk membekalan petro dan spark plug yang baru.



Kerja-kerja pembaikan chain saw di teruskan oleh pegawai-pegawai sambil diperhatikan oleh PB Gobala.Antara langkah dan gerak kerja yang dilakukan oleh pegawai ialah dengan menukarkan spark plug yang lama kepada yang baru.Blok chain saw juga turut dibersihkan dengan menggunakan kain yang bersih.

 







Minyak petro yang berlebihan 2T telah dituangkan keluar dan digantikan dengan minyak petrol campuran 2Tyang baru mengikut sukatan yang betul.Sukatan 2T dan campuran petrol hendaklah disukat dengan betul untuk mengelakkan berlakunya mendapan minyak pada spark plug.









 

 
Setelah kerja-kerja penyelenggaran selesai, chain saw cuba dihidupkan oleh pegawai-pegawai dan didapati enjin chain telah dapat dihidupkan seperti sedia kala.



 





No comments:

Post a Comment