Sunday, August 22, 2010

Salam Takziah

Butterworth 16/08/2010- Dukacita dimaklumkan bahawa ayah kepada PB Omar Ahmad telah kembali ke Rahmatullah  iaitu pada 16 Julai 2010, jam 3.10 pagi di Hospital Alor Star, Kedah.

Pada jam 9.30am, beberapa anggota dan pegawai dari BBP Butterworth dan wakil dari BBP Kuala Batas telah menziarahi keluarga PB Omar yang terletak di Batu 6 Jalan Kuala Kedah.Antara pegawai yang terlibat ialah PBK11 Zabidi , PB Ishak Aziz, PB Fauzi dan PB Saad Ibrahim.Manakala Pegawai dari BBP Kepala Batas ialah PBK11 Tengku Azhar bersama pemandunya.Sebanyak dua buah pajero yang digunakan untuk menziarahi jenazah.Selepas majlis Tahlil semua anggota meminta kebenaran untuk pulang kebalai kerana mempunyai urusan yang..Jenazah telah selamat dikebumikan pada jam 5.00ptg di Tanah perkuburan Kuala Kedah..


                             "Kenderaan Pajero  yang digunakan untuk menziarah jenazah"


                                        "Kelihatan Anggota dan Pegawai sedang menunggu jenazah" 



                                        "PB Omar mengiringi pengawai dan anggota ke kenderaan"
           


Sehubungan dengan itu kawalanxbutterworth ingin merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan dihimpunkan bersama golongan orang-orang yang soleh.
 Al-fatihah..


                                        

No comments:

Post a Comment