Friday, January 21, 2011

3 kereta pengunjung Thaipusam terbakar


Anggota bomba dan penyelamat membuat pemeriksaan di sekitar lokasi tiga kereta pengunjung Thaipusam terbakar di tempat letak kereta awam di Jalan Kebun Bunga, Georgetown, semalam

PULAU PINANG 20 Jan. - Sebanyak tiga buah kereta milik penganut agama Hindu yang meraikan Thaipusam di sebuah kuil berhampiran Taman Botani di sini terbakar malam tadi.Kejadian bermula kira-kira pukul 11.55 malam apabila sebuah kereta jenis... Perodua Alza terbakar sebelum api menyambar dua lagi kereta yang diletakkan bersebelahan.Pemilik salah sebuah kenderaan itu, G. Manivan, 40-an berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 50 kenderaan diletakkan di kawasan itu.Bagaimanapun, jelasnya, hanya tiga kereta termasuk miliknya gagal diselamatkan."Tidak sangka berlaku kejadian sebegini ketika perayaan Thaipusam. "Saya cuba memadamkan api dengan beberapa botol air mineral tapi api terlalu marak menyebabkan banyak dokumen hilang termasuk buku akaun bank," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng menjelaskan, kejadian dipercayai berpunca akibat kegagalan sistem pendawaian pada kereta Perodua Alza itu.Menurutnya, polis menolak kemungkinan kebakaran disebabkan oleh kecuaian pengunjung yang dipengaruhi alkohol.Beliau menambah, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment