Sunday, January 9, 2011

Kuasa Dan Bidang Tugas

Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341)
Seksyen 5
1. Tugas-tugas Jabatan Perkhidmatan Bomba hendaklah termasuk:-
(a) mengambil langkah-langkah yang sah bagi:-
(i) Memadam, menentang, mencegah dan mengawal kebakaran
(ii) Melindungi nyawa, harta benda sekiranya berlaku kebakaran
(iii) Menentukan adanya jalan keluar kebakaran, penyelenggaraan dan pengawalseliaannya yang sempurna
(b) Menjalankan penyiasatan tentang sebab punca dan hal keadaan kebakaran
(c) Melaksanakan khidmat kemanusiaan, termasuk perlindungan nyawa dan harta semasa berlaku kebakaran
2. Jabatan Perkhidmatan Bomba boleh, selain daripada tugas-tugasnya di bawah subseksyen (1) melaksanakan apa-apa tugas lain dipertanggungjawabkan kepadanya oleh undang-undang atau sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya dilaksanakan.

Tugas seorang anggota bomba sememangnya sangat mencabar.  Mereka tidak hanya tertumpu dalam melakukan tugas ketika kebakaran semata-mata tetapi juga beberapa tugas awam yang lain seperti yang dinyatakan. April lalu, Akhbar utama di Malaysia menyiarkan kenyataan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bahawa sebanyak 97.9 peratus daripada panggilan kecemasan yang diterima adalah palsu. Walaupun berbagai kempen kesedaran telah dijalankan oleh kerajaan namun masih ramai tidak sedar akan kesan buruk perbuatan mereka. Langkah mengenakan tindakan undang-undang juga didapati tidak berkesan. Keseronokan individu yang tidak bertanggungjawab ini boleh membahayakan nyawa orang lain seperti dalam kes kecemasan sebenar. Kerjasama dan sokongan orang ramai boleh menyelamatkan nyawa dan harta.
“HENTIKAN PANGGILAN PALSU…JADILAH WARGA YANG BERTANGGUNGJAWAB…GURAUAN ANDA BOLEH MENGUNDANG PADAH”.

No comments:

Post a Comment