Sunday, February 6, 2011

Majlis Gotong-royong BBP Butterworth bersama Pejabat Kesihatan Daerah SPU

Pejabat Kesihatan daerah Seberang Perai Utara [SPU] telah menerima 3 laporan kes disyaki demam denggi di kampong Bagan Dalam Butterworth.Kampung Bagan Dalam adalah merupakan kawasan perkampungan setinggan serta penduduk yang padat.Hasil kajian Aedes dan aktiviti cari dan musnah yang dijalankan pada 31/01/2011 telah dijalankan di Kampung Bagan Dalam dan mendapati  terdapat 1 premis yang berpenghuni, positif pembiakan jentik-jentik nyamuk Aedes dan 5 bekas didapati posotif Aedes Aegypti dan Albopictus di luar Kawasan rumah.
Sehubungan dengan itu, satu aktiviti gotong royong telah diadakan oleh anggota bomba BBP Butterworth  bersama Pejabat Kesihatan Daerah SPU yang turut sertai oleh penduduk Kampung Bagan Dalam.Aktivi ini adalah langkah bagi mencegah penularan kes demam denggi di kawasan ini dan sekali gus memusnahakan tempat perbiakan nyamuk aedes. Turut hadir ketika aktiviti gotong royong ini ialah Adun Bagan Dalam YB Tuan Tananasekharan a/L Autherapady.

Majlis Gotong-royong BBP Butterworth bersama
Pejabat Kesihatan Daerah SPU


Tarikh : 05.02.2011
Masa : 08:00am
Tempat : Kampung Bagan Dalam, Butterworth
Anggota Terlibat: Pasukan B
Penyelia: PBK II Yellapan bersama 4 orang anggota.









Anggota BBP Butterworth Bersama Adun Bagan Dalam YB Tanasekharan a/L Autherapady




No comments:

Post a Comment