Monday, October 11, 2010

Majlis Jamuan Raya BBP Butterworth

Butterworth-  04.10.2010:- Satu majlis Jamuan Hari Raya telah diadakan diperkalangan Bay 1 Balai BBP Butteworth.Bercakap semasa mempengerusikan Majlis itu, Tuan Shafiee iaitu selaku Ketua Balai berkata tujuan majlis diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan baik antara kakitangan anggota balai serta tatamu yang hadir.Kira-kira 130 orang terdiri daripada para anggota serta keluarga menghadiri majlis ini dan disambut dengan meriah sekali.Pelbagai juadah yang dihidangkan antaranya ialah Nasi Beriani, Mee Kari, lemang rendang,  nasi impit, rendang ayam, rojak buah dan serta kueh sebagai pembasuh mulut.Sambil menikmati makanan yang dihidang para hadirin dapat bersuai kenal antara satu sama lain.

SEKITAR MAJLIS JAMUAN HARI RAYA BBP BUTTERWORTH

Anggota yang ditugaskan untuk menyambut tetamu.

Antara hidangan yang disediakan







Suasana Majlis Jamuan Raya BBP Butterworth







Para anggota dan hadirin sedang menjamu selera di Majlis Jamuan Raya



Lawatan Tuan Shafiee ke gerai-gerai


PBK II zabidi menyampaikan duit raya sempena Jamuan Raya BBP Butterworth
Majlis bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.Majlis ini sedikit sebanyak dapat meng'imarahkan bulan Syawal yang mulia ini dengan menggalakkan aktiviti kunjung mengunjung serta merapatkan hubungan silaturahim diantara satu sama lain.Kerjasama dan komitmen yang oleh para anggota untuk menganjurkan majlis ini amat baik sekali.Dan ianya semoga dapat dikekalkan.

No comments:

Post a Comment