Saturday, October 2, 2010

Memasak Ikan sardin

Sememangnya memasak ikan sardin adalah masakan yang mudah dan cepat.Ia juga menjadi menu pilihan terutama bagi golongan bujang.Bagi anggota seksyen C yang bertugas pada sebelah pagi,pastinya menu utama pada waktu tengah hari ialah masakan ikan sardin.Apa yang istimewanya ialah hidangan tersebut dimasak sendiri oleh PBK II Amirudin iaitu selaku penyelia seksyen C.
                                               
 Beras hendaklah dibasuh berulang kali supaya bersih dan sukatan air mestilah betul supaya nasi tidak menjadi lembik.

 Dengan gaya yang tersendiri..En Amirudin menunjukkan cara membuka tin sardin dengan menggunakan pisau pelbagai guna.


 Walaupun masak ikan sardin ini nampak mudah, ia juga memerlukan kepakaran supaya ikan tidak hancur.

Lebih Kurang sepuluh minit, hidangan pun telah siap.
Selamat menjamu selera.

No comments:

Post a Comment