Saturday, October 16, 2010

Konvensyen ICC Kebangsaan 2010

Butterworth:-Konvensyen Kumpulan Innovative & Creative Circle (ICC) Kebangsaan 2010 telah diadakan pada 7hb Oktober hingga 9hb Oktober di Genting International Convention Centre (GICC),Genting Highlands.Lebih kurang 170 buah kumpulan daripada sektor swasta dan kerajaan  yang mengambil bahagian dalam konvensyen pada tahun ini.Jabatan Bomba Penang diwakili oleh Kumpulan Inovatif dan Kretif (KIK) yang diwakili oleh kumpulan IGNIS. Atas kesungguhan dan komitmen pasukan ini, IGNIS telah mendapat pingat emas ( 3 Bintang ) dan merupakan 10 pasukan yang terbaik daripada 57 kumpulan  KIK dari sektor awam seluruh malaysia.




Konvensyen ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada kumpulan ICC dari pelbagai organisasi mempersembahkan projek-projek mereka serta menggalakkan pemesatan aktiviti ICC di seluruh negara.Kumpulan IGNIS membentangkan produk "IGNIS Rescue Faft 09 (IRR09)" yang memberi keselesaan kepada anggota menjalankan operasi terutama mengambil mayat di air dan memberi penjimatan sebanyak RM 265,600.00 untuk Pulau Pinang sahaja.Kesan penjimatan ini berganda jika dilaksanakan diseluruh Balai Bomba di Malaysia.Taniah dan syabas.

No comments:

Post a Comment