Monday, October 4, 2010

Pertemuan Dan Perpisahan

Butterworth- Satu majlis perpisahan PBK II Zabidi telah diadakan di kantin.Majlis ini diadakan secara kecil-kecilan oleh anggota seksyen C.PBK II Zabidi merupakan bekas penyelia bagi seksyen C.Beliau dinaikan pangkat menjadi PBK I dan dihendaki bertugas ke Balai Bomba Dan Penyelamat Alor Setar.Majlis ini dihadiri oleh semua pegawai bertugas seksyen C dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ketua Balai Butterworth iaitu Tuan Shafiee.
     
Bacaan doa selamat oleh Pb Ishak sebelum majlis dimulakan.
Para pegawai dihidangkan dengan nasi beriani

Kesempatan yang ada ini juga, Kawalanxbutterworth mewakili rakan-rakan ingin menyusun jari sepuluh memohon kemaafan. Sepanjang tempoh beliau berkhimat di balai ini,sudah pasti ada kesilapan dan kesalahan yang kami lakukan. Segala teguran dan nasihat beliau pasti akan kami sematkan di dada.Harapan kami semoga beliau akan terus berusaha dengan gigih apabila berada di tempat kerja yang baru.Jika ada kelapangan, pasti beliau akan datang lagi menziarahi Balai Butterworth.
Akhiri perpisahan ini dengan serangkap pantun.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment