Wednesday, October 20, 2010

Pameran Di Sekolah Rendah Sungai Puyu

Butterworth:-  16.10.2010. Satu pameran telah diadakan di Sekolah Rendah Sungai Puyu sempena hari Kantin.Sehubungan dengan itu, sebuah jentera jenis artego berserta empat orang anggota yang diketuai oleh PB Golabakrishnan telah menyertai pameran tersebut.Pihak kami telah menggabungkan tiga aktiviti utama dalam pameran ini bagi menyampaikan mesej dengan impak yang lebih bertenaga dan lebih berkesan.Kaedah ini juga dapat menarik lebih ramai audien iaitu terdiri daripada pelajar sekolah, guru-guru serta ibu bapa yang hadir.Tiga aktiviti dirangkumkan dalam pameran tersebut ialah:-
  • Pameran peralatan kebombaan
  • Tunjuk cara penggunaan peralatan kebombaan
  • Sesi soal jawab dan cuba guna














Selain meriahkan lagi suasana Hari Kantin anjuran oleh pihak sekolah, objektif utama pameran ini bagi pihak kami ialah meningkatkan lagi kefahaman masyarakat umum mengenai peralatan kebombaan terutamanya dalam operasi penyelamatan.Sambutan yang diberikan oleh para pelajar dalam pameran ini sangat menggalakkan dan hampir 600 orang pelajar yang berkunjung ke pameran ini.

No comments:

Post a Comment