Saturday, November 6, 2010

Majlis Persaraan PB Gunaselan

Butterworth:- Pada 26 October 2010 bertempat di bilik mesyuarat Bahagian Operasi BBP Butterworth telah diadakan satu majlis ringkas tapi penuh bermakna sempena persaraan PB Gunaselan.Majlis turut dihadiri oleh pegawai kanan serta Ketua BBP Butterworth Tuan Shafiee dan serta para anggota.Majlis Persaraan Pb Gunaselan telah berlangsung dalam suasana suram dan ceria. Setelah empat tahun beliau berkhidmat di BBP Butterworth, akhirnya beliau bersara setelah 34 tahun berkhidmat dalam JBPM. Majlis di mulakan dengan  ucapan Ketua Balai, ucapan wakil dari anggota  dan diikuti penyampaian cenderamata. Pesan beliau kepada warga JBPM, agar terus maju kehadapan dalam semua aspek

Majlis Persaraan PB Gunaselan A/L Shanmugan

PBK II Zulkifli selaku pengerusi majlis

Ucapan Tuan Shafiee



Pb Wan berucap wakil dari rakan bertugas

Ucapan terakhir Pb Gunaselan






Antara anggota yang hadir di majlis Persaraan Pb Gunaselan


En Shamsuddin (kiri) dan Tuan Shafiee sedang menjamu selera


Kenangan..En Zulkifli bersama dengan PB Gunaselan


 Tanda Perhargaan..Tuan Shafiee menyampaikan cenderamata kepada PB Gunaselan.


Kawalanxbutterworth mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada PB Gunaselan atas segala jasa dan pengorbanan yang beliau curahkan sepanjang berkhidmat di BBP Butterworth.


No comments:

Post a Comment