Sunday, November 7, 2010

Perlantikan Ketua Pengarah JBPM yang baru

Dimaklumkan bahawa YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim telah dilantik sebagai Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baru menggantikan YAS Dato’ Hamzah Bin Abu Bakar yang telah bersara pada 22 Oktober 2010 berkuatkuasa pada 1 November 2010. Setinggi tahniah diucapkan kepada beliau dan semoga kepimpinan beliau dalam menerajui JBPM akan terus melangkah ke satu era yang lebih cemerlang dan gemilang.
YAS Dato’ Wan Mohd Nor Bin Haji Ibrahim

Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang baru, menggantikan Datuk Hamzah Abu Bakar yang bersara pada 23 Oktober lepas.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam satu kenyataan hari ini berkata pelantikan itu berkuatkuasa Isnin.

Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim yang berkelulusan Sarjana Muda Sains dalam bidang Sains Nuklear, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Sarjana Sains di dalam bidang Perancangan Kecemasan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ialah Komandan Akademi Bomba di Kuala Kubu Baharu pada tahun 1991, Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penguatkuasa (1994-1995), Penolong Ketua Pengarah, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan (1995-1997), Pengarah Negeri Selangor (1997-1999), Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan (2000-2008) dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (2008-2010). –

Source: mStar

No comments:

Post a Comment