Sunday, January 30, 2011

Majlis Perpisahan Dan Kenaikan Pangkat KB 22

Satu majlis diadakan sempena kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai-pegawai  BBP Butterworth telah dibuat pada 27hb Januari 2011 bertempat di Bilik Gerakan Operasi BBP Butterworth. Seramai 25 orang pegawai bomba  telah dijemput untuk dirai.Turut hadir pada majlis ini ialah YS Ketua Balai Tuan Shafiee Bin Khamis, diiringi pegawai-pegawai kanan  bagi menyampaikan amanat beliau seterusnya merasmikan majlis yang penuh bermakna ini.Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada pagawai dan kakitangan yang dirai. Majlis diakhiri dengan jamuan makan.




Bacaan doa pembukaan majlis  oleh Pb Azahari
 


Ucapan Y.S Ketua Balai BBP Butterworth Tuan Shafiee bin Khamis





Antara anggota dan pegawai yang hadir.

 



Peyampaian  cenderahati kenang-kenangan kepada pegawai.


 

Majlis di akhiri dengan jamuan makan dengan menu istimewa iaitu "ikan patin"


KAWALANXBUTTERWORTH mengucapkan tahniah kepada pegawai-pegawai yang terlibat. Semoga dapat terus bersama memberikan perkhidmatan cemerlang kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta negara amnya.

Saturday, January 29, 2011

PENCALONAN UNTUK PERSERTA KURSUS JURUTERBANG DAN QUARTER MASTER UDARA JBPM 2011

Makluman kepada semua Pegawai JBPM.......
PENCALONAN UNTUK PERSERTA KURSUS JURUTERBANG DAN QUARTER MASTER UDARA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

Adalah dimaklumkan Bahagian Latihan dalam usaha mendapatkan calon untuk peserta Kursus Juruterbang dan Quarter Master Udara bagi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Bersama-sama ini disertakan borang permohonan untuk edaran kepada semua Pegawai JBPM. Borang permohonan ini juga boleh dimuat turun melalui laman Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

                                                                       Borang 1


Borang 2


Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada Bahagian Latihan Ibu Pejabat selewat-lewatnya pada 15 Februari 2011.

Friday, January 28, 2011

Sekitar Le Tour De Langkawi Stage 2.

 Tarikh: 24/01/2011.
 Tempat: Dataran Dato' Haji Ahmad Badawi , Butterworth.
 Anggota Terlibat:
 Penyelia Bertugas : PBK II Yellapan bersama 3 anggota [BBP Butterworth]
 Kekuatan jentera: 1 unit Jentera scania bersama 3 anggota  dipinjam dari [BBP Perda]
                             1 unit water tanker bersama 3 anggota dipinjam dari [BBP Perai].



Jentera scania



 
Turut hadir Y.S Ketua Balai BBP Butterworth Tuan Shafiee bin Kamis








Sempat bergambar dengan De Kort,K  juara Mountains Competition [skill shimano Cycling Team] Stage 2. 

Thursday, January 27, 2011

Usaha Memantapkan Amalan Senyum Dalam Penyampaian Perkhidmatan Awam

MAMPU telah menggariskan langkah-langkah ke arah meningkatkan perkhidmatan agensi-agensi Sektor Awam yang mesra pelanggan. Klik untuk maklumat penuh.

sumber: bomba.gov.com dan MAMPU

Monday, January 24, 2011

Mesyuarat Bersama Ketua Balai siri 1/2011

14 Januari 2010, jam 0900 Jumaat, Satu Mesyuarat bersama ketua Balai Butterworh telah diadakan di bilik  mesyuarat Operasi.Ini merupakan mesyuarat kali pertama bagi tahun 2011.Mesyuarat  kali ini adalah untuk menyelesaikan masalah tahun 2010 dan bersedia menghadapi tahun 2011.Antara isu yang dibincangkan ialah isu cuti, kebajikan anggota serta jadual perancangan aktiviti bagi tahun 2011.Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Y.S Ketua Balai BBP Butterworth Tuan Shafiee bin kamis.

Y.S Ketua Balai BBP Butterworth Tuan Shafiee bin kamis





 Antara pegawai yang hadir

Sunday, January 23, 2011

Lima rumah kedai hangus dalam kebakaran awal pagi di Lebuh Pantai P.Pinang

GEORGE TOWN:22/01/2011.- Lima rumah kedai yang terletak kira-kira 100 meter dari Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai di sini hangus dalam satu kebakaran awal pagi ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang Mohd Razam Taja Rahim berkata bomba pada mulanya menghadapi kesukaran untuk memadam kebakaran pada kira-kira pukul 1 pagi itu disebabkan struktur binaan bangunan yang terlalu rapat dan kebanyakan unitnya terkunci semasa kejadian.
Beliau berkata cuaca panas, keadaan yang berangin dan struktur binaan bangunan yang diperbuat daripada kayu menyebabkan api marak dan merebak dengan pantas.
Bagaimanapun, menurutnya tindakan pantas anggota bomba berjaya mengawal api daripada terus merebak ke bangunan lain di sekitar kawasan berhampiran yang kebanyakannya diperbuat daripada kayu. "Kami terpaksa menggunakan hos yang panjang kerana jentera bomba sukar dibawa berhampiran dengan kedai yang terbakar itu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Razam berkata 163 anggota dengan 15 jentera bomba termasuk sukarelawan bomba dari Lebuh Pantai, Bayan Baru, Jalan Perak, Paya Terubong, Bagan Jermal, Perai dan Bandar Perda bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 1.11 pagi dan api berjaya dikawal kira-kira 45 minit kemudian.Katanya, api padam sepenuhnya pada kira-kira jam 5 pagi, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan jumlah kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan. - Bernama

Persediaan Le tour de Langkawi Malaysia 2011



LE TOUR DE LANGKAWI 2011

TARIKH:      24/01/2011
TEMPAT:     DATARAN DATO' HAJI AHMAD BADAWI     BUTTERWORTH
ANGGOTA
TERLIBAT:  1 ORANG PEGAWAI KB 22
                                         3 ORANG ANGGOTA KB 17
                                           
                                           PASUKAN [B]

Saturday, January 22, 2011

Tiga rumah kedai simpan plastik musnah terbakar

BUKIT MERTAJAM: Tiga rumah kedai yang dijadikan gudang menyimpan barangan plastik musnah dalam kebakaran yang mengakibatkan kerugian kira-kira RM1 juta di Kota Permai 1 di sini malam tadi.
Dalam kebakaran pada kira-kira jam 11.15 malam itu, tiga rumah kedai tiga
tingkat yang turut menyimpan alat permainan kanak-kanak musnah dengan asap tebal dapat dilihat dari jarak 5 kilometer
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Wan Azmi Ahmad, berkata 10
jentera bersama 61 anggota dan pegawai bergegas ke tempat kejadian sebaik
menerima panggilan pada jam 11.15 malam.

"Api merebak dengan pantas memandangkan gudang berkenaan sarat dengan bahan plastik yang mudah terbakar," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, menurut beberapa saksi, kebakaran itu bermula dari tingkat bawah
rumah kedai berkenaan.

"Kita sudah mendapatkan beberapa maklumat serta keterangan daripada pemilik
gudang dan siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan jumlah
sebenar kerugian ekoran kejadian ini," katanya. - BERNAMA

Friday, January 21, 2011

3 kereta pengunjung Thaipusam terbakar


Anggota bomba dan penyelamat membuat pemeriksaan di sekitar lokasi tiga kereta pengunjung Thaipusam terbakar di tempat letak kereta awam di Jalan Kebun Bunga, Georgetown, semalam

PULAU PINANG 20 Jan. - Sebanyak tiga buah kereta milik penganut agama Hindu yang meraikan Thaipusam di sebuah kuil berhampiran Taman Botani di sini terbakar malam tadi.Kejadian bermula kira-kira pukul 11.55 malam apabila sebuah kereta jenis... Perodua Alza terbakar sebelum api menyambar dua lagi kereta yang diletakkan bersebelahan.Pemilik salah sebuah kenderaan itu, G. Manivan, 40-an berkata, ketika kejadian terdapat kira-kira 50 kenderaan diletakkan di kawasan itu.Bagaimanapun, jelasnya, hanya tiga kereta termasuk miliknya gagal diselamatkan."Tidak sangka berlaku kejadian sebegini ketika perayaan Thaipusam. "Saya cuba memadamkan api dengan beberapa botol air mineral tapi api terlalu marak menyebabkan banyak dokumen hilang termasuk buku akaun bank," katanya ketika ditemui di sini malam tadi.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng menjelaskan, kejadian dipercayai berpunca akibat kegagalan sistem pendawaian pada kereta Perodua Alza itu.Menurutnya, polis menolak kemungkinan kebakaran disebabkan oleh kecuaian pengunjung yang dipengaruhi alkohol.Beliau menambah, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Thursday, January 20, 2011

Ucapan Selamat Menyambut Thaipusam kepada semua yang beragama Hindu


Kawalanxbutterworth  ingin mengucapkan Selamat Menyambut Thaipusam kepada semua anggota  yang menganut agama Hindu di MalaysiaTahun 2011. Apa yang meriahnya waktu Thaipusam ialah bila semua penganut Hindu akan berkumpul beramai-ramai untuk meraikannya mengikut kepercayaan dorang, sama seperti perayaan yang lain juga.

Wednesday, January 19, 2011

Tahniah Pegawai dinaikkan Pangkat KB 22

Setinggi tahniah di ucapkan kpd YAS Dato KP kerana telah mengambil pendekatan yang selama ini ditunggu-tunggu yang mana telah memilih di kalangan orang2 lama (dulunya KAB) untuk urusan pemangkuan KB 22 yang telah diumumkan pada hari ini.Dalam 3 siri pengambilan sebelum ini telah diselubungi dengan kontroversi serta rungutan yang mana ada antara mereka yang bertugas kurang dari 10 tahun telah menjawat jawatan tersebut..secara logiknya mana mungkin mereka yang masih mentah boleh menyelia orang2 lama yang telah bertugas melebihi 10 tahun malahan ada yang hampir pencen di balai-balai..Teruskan usaha murni ini dan dirasakan sekarang bahawa moral orang2 lama telah sedikit dikembalikan dari pucuk pimpinan yang baru.

Kawalanxbutterworth serta Rakan-Rakan  Bomba ingin mengucapkan Setinggi-tinggi TAHNIAH kepada Warga Jabatan Bomba yang dinaikkan Pangkat dari KB 17 ke KB 22 baru-baru ini...

TAHNIAH DAN SYABAS.........

Tuesday, January 18, 2011

Poster Tatacara Panggilan Kecemasan 999

7 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

16/01/2011
GEORGE TOWN - Tujuh orang dari sebuah keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah mereka hangus dijilat api dalam satu kebakaran di Jalan Padang Tembak, di sini, pagi ini.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Negeri, Mohd Razam Tajarahim berkata, dalam kejadian pukul 7.30 pagi, kebakaran rumah itu turut merebak ke lima buah rumah dan sebuah kilang perabot berhampiran.
"Sebuah rumah hangus manakala lima buah rumah lagi dan kilang perabot itu terbakar kira-kira 10 peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sebanyak 42 anggota dengan tujuh jentera bomba dari Jalan Perak, Lebuh Pantai dan Paya Terubong bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 8 pagi dan berjaya mengawal api dalam tempoh sejam.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala jumlah kerugian dan punca kebakaran masih disiasat, kata Mohd Razam. - Bernama

Monday, January 17, 2011

Memasak Bersama Pasukan C


Butterworth:- Pasukan C yang bertugas 12 jam pada sebelah pagi
telah memasak untuk makan tengahari.Aktiviti ini diketuai oleh PBK II Amiruddin.Semua anggota bergotong royong untuk menyediakan hidangan den melakukan tugas masing-masing.Ikan masak kari merupakan menu masakan utama.Aktiviti memasak di balai ini juga menyahut seruan ketua Pengarah JBPM iaitu tidak keluar kawasan balai untuk makan /minum ketika bertugas. Hal ini kerana JBPM Sebagai sebuah agensi yang 'respons' kecemasan, 'response time' adalah sesuatu yang amat serius dan perlu diberi perhatian.















Selamat menjamu selera.