Saturday, January 15, 2011

Ranking HRMIS Nov 2010

APA ITU HRMIS??

 
    HRMIS merupakan satu sistem aplikasi yang mencakupi keseluruhan aspek pengurusan sumber manusia bermula dari pelantikan penjawat awam hingga mereka bersara.
    HRMIS adalah satu pendekatan baru pengurusan sumber manusia yang komprehensif dan bersepadu bagi mengatasi pelbagai halangan pengurusan dalam sektor awam.
    HRMIS telah dibangunkan dan kini sedang dilaksanakan oleh seluruh Perkhidmatan Awam Malaysia secara berperingkat. HRMIS akan menjadi sistem tunggal pengurusan sumber manusia sektor awam.
Fasa Pembangunan HRMIS
    Pembangunan HRMIS bermula dengan fasa kajian Business Improvement Process (BIP) selama 17 bulan (April 1999 hingga September 2000).
    Ini diikuti dengan pembangunan sistem HRMIS (hingga September 2004) yang meliputi tiga aspek utama iaitu pembangunan sistem aplikasi, integrasi dan peralihan data.
 Fasa Pelaksanaan HRMIS
    Fasa Pelaksanaan HRMIS di semua agensi sektor awam bermula tahun 2005. Ia dikuatkuasakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 12 Tahun 2005 bertarikh 8 Jun 2005.
    Pelaksanaan HRMIS adalah secara berperingkat, bermula dengan penyediaan data asas perjawatan, pengisian dan sandangan semua agensi di seluruh negara, tidak termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
    Pelaksanaan berikutnya adalah pengemaskinian data Rekod Peribadi dan Profil Perkhidmatan,  diikuti dengan modul dan submodul lain secara berperingkat.
Mengapa HRMIS Amat Diperlukan
Sebelum Kerajaan membuat keputusan untuk membangunkan HRMIS, banyak kajian telah dilakukan bagi mengenal pasti amalan terbaik dan penggunaan ICT sebagai enabler bagi menambah baik pengurusan sumber manusia sektor awam. Pelaksanaan HRMIS telah mengambil kira:
    Penggunaan Teknologi Secara Optimum
    Pemantauan Berterusan Terhadap Dasar Pengurusan Sumber Manusia
    Perkongsian Maklumat Dalam Dan Antara Agensi
    Prestasi Anggota Perkhidmatan Awam

Untuk makluman, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia berada di nombor 28 di dalam Ranking Agensi yang menggunakan HRMIS. Dapatkan senarai lengkap agensi-agensi yang login HRMIS sehingga 30 November 2010 di sini.

sumber rujukan : www.jpa.gov.my

No comments:

Post a Comment