Pada minggu yang lepas, pasukan C dari Balai Bomba Butterworth telah mengadakan latihan penggunsian bangunan Lembaga kemajuan Wilayah Pulau Pinang Unit Penyelaras Perlaksaan Jabatan Perdana Menteri [PERDA].Seramai 4 orang anggota terlibat dalam aktiviti ini.Sistem penggera aktif dan kedudukan lift yang turun secara automatik ke paras paling bawah (semasa penggera dihidupkan) menunjukkan kesemua sistem-sistem mencegah/mengawal kebakaran tersebut disenggara dan dalam keadaan baik.Tujuan penggunsian bangunan ini diadakan adalah supaya penghuni-penghuni boleh bertindak dengan tenang dan teratur.Ia juga untuk mempastikan jalan keluar keselamatan (MEANS OF ESCAPE) digunakan seperti yang dirancang.
Pemeriksaan akhir para anggota. |
Taklimat dari Pegawai tentang kepentingan Penggunsian Bangunan. |
Antara staff-staff yang terlibat. |
No comments:
Post a Comment