Monday, January 10, 2011

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PSJ SIRI 1 TAHUN 2011


PENGUMUMAN PENTING !

JPA MELALUI  PEKELILING BILANGAN 13 TAHUN 2010 "PEMANSUHAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN" TELAH MENETAPKAN PELAKSANAAN PEMANSUHAN PTK SEPERTI PARA BERIKUT BERKUATKUASA 1 JANUARI 2011:-

Para 4. Selaras dengan keputusan ini, pelaksanaan PTK hendaklah dihentikan pada 1 Januari 2011. Ketetapan ini dibuat setelah mengambil kira pegawai yang menduduki PTK pada tahun 2010 dan sebelumnya untuk dipertimbangkan Anjakan Gaji pada tahun 2011 setelah memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
Para 5. Sehubungan dengan itu, sehingga penilaian baru diperkenalkan, PTK tidak lagi menjadi syarat kenaikan pangkat mulai 1 Januari 2011.
Para 6. Sekiranya masih terdapat keputusan PTK yang belum selesai selepas tarikh berkuatkuasanya pekeliling ini, Lembaga Penilaian Kompetensi yang berkenaan diberi kuasa untuk mempertimbang dan mengesahkan keputusan PTK berkaitan. Urusan berkenaan hendaklah diselesaikan sebelum 1 Jun 2011.

PENDAFTARAN PEPERIKSAAN PSJ SIRI 1 TAHUN 2011 ATAS TALIAN TELAH DIBUKA - PEGAWAI PENDAFTAR BOLEH MENDAFTAR SEKARANG!. PEPERIKSAAN PADA 07.06.2010 - 09.06.2010. (lihat Jadual PSJ Tahun 2011 )

Harap maklum.


No comments:

Post a Comment